Menu

POLIS SERBU PORT DADAH, TAHAN 21 INDIVIDU

Seramai 21 lelaki berumur 26 hingga 57 tahun ditahan dalam satu serbuan di ladang sawit Felda Aping Barat, Kota tinggi yang dipercayai menjadi 'port' mengedar dadah.

Semua yang ditahan positif dadah jenis Morphine.

Ketua Polis Kota Tinggi, Superitanden Ashmon Bajah berkata, serbuan dilakukan semalam antara jam 5 pagi hingga 2 petang.

Polis turut merampas dadah ganja, syabu dan heroin dilokasi serbuan.

Semua yang ditahan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama 4 hari bagi membantu siasatan.

Tiga suspek disiasat dibawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala baki 18 lagi dibawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Buletin TV3

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS