Menu

JABATAN PENGURUSAN RAI PEGAWAI KANAN POLIS YANG BERTUKAR DAN BERSARA

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2018 – Majlis Mengalu-alukan kehadiran Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu, CP Dato' Sri Asri Yusoff dan seterusnya meraikan pertukaran serta persaraan para pegawai kanan jabatan tersebut telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.

Seramai tujuh pesara dan 14 pegawai kanan jabatan itu yang bertukar ke jabatan lain diraikan secara sederhana bagi menghargai segala khidmat bakti, pengorbanan serta komitmen yang telah mereka curahkan selama ini.

Antara yang diraikan tadi adalah DCP Dato’ Mohd Roze Shaari yang bertukar sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/ Databank DNA/ Perancangan Strategik) Bukit Aman, SAC Dato’ Mohamad Mat Yusop yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dan ACP Abd Khalid Othman yang bertukar ke Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Selangor.

CP Dato' Sri Asri yang diiringi isteri beliau, Datin Sri Zabedah Dollah merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan baharu telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang diraikan pada hari ini dan hubungan kekeluargaan yang telah terjalin sejak sekian lama dalam jabatan tersebut akan kekal utuh selamanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Dato’ Zainal Abu bersama isteri, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Urus Setia KPN, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf bersama isteri, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato’ Zaini Jass bersama isteri dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengurusan.

0R9A3581
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Asri Yusoff dan isteri beliau, Datin Sri Zabedah Dollah bergambar kenangan di Majlis Meraikan Pertukaran serta Persaraan Para Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan.

0R9A3614
Ucapan Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Asri Yusoff kepada tetamu yang hadir.

0R9A3643
Sekitar sesi penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Asri Yusoff.

0R9A3645
Sekitar sesi penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Asri Yusoff.

0S5A4983
Sekitar persembahan di Majlis Meraikan Pertukaran serta Persaraan Para Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS