Menu

PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER/KOMANDAN 2/2018: TIADA KOMPROMI ISU INTEGRITI

PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER/KOMANDAN 2/2018: TIADA KOMPROMI ISU INTEGRITI

Kuala Lumpur, 8 November 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memberi perhatian dalam menangani isu-isu semasa khususnya isu integriti yang merupakan salah satu daripada fokus utama Ketua Polis Negara terhadap pasukan dan turut menjadi pengharapan kerajaan bagi memperkasa sektor awam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan perasmiannya sempena Persidangan PJP/KP/Komander/Komandan Siri 2/2018 yang diadakan di Maktab PDRM Cheras, hari ini menegaskan, beliau tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu integriti dan menyokong penuh penguatkuasaan yang drastik dalam pelaksanaan 'check and balance' serta 'internal control' yang dimainkan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Tambahnya, menangani isu integriti tidak boleh dibebankan ke atas JIPS semata-mata kerana ia adalah tanggungjawab seluruh warga PDRM untuk direalisasikan secara holistik dengan semangat 'esprit de corp'.

"Selain isu integriti, kita juga harus mendekati masyarakat dengan menjadikan mereka sebagai rakan kolaborasi dalam konteks 'community policing' sebagai salah satu usaha mengurangkan ketakutan jenayah dan perkongsian maklumat tentang potensi aktiviti jenayah," ujarnya lagi.

Barisan pengarah dan wakil pengarah dari kesemua jabatan dalam PDRM turut tidak ketinggalan membentangkan pelbagai isu lain diikuti oleh dua sesi taklimat khas daripada Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Puan Norisah Chukra dan Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), DCP Dato’ Azizan Abu Taat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, Pesuruhjaya-pesuruhjaya, Ketua-ketua Polis Negeri, Komander-komander dan komandan-komandan formasi dari seluruh negara.


0S4A9926
Bergambar kenangan.

0S4A9980
0S5A8139
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan ucapan perasmian.

0S4A0039
Sesi pembentangan taklimat Persiapan dan Persediaan PDRM Dalam Menghadapi Bencana Alam oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

0S4A0045
Sesi pembentangan taklimat Reformasi Dalam Penstrukturan Semula PDRM oleh wakil Pengarah Pengurusan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), DCP Dato' Abd Jalil Hassan.

0S4A0056
Taklimat Program Engagement PDRM Bersama Masyarakat oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Rosli Ab. Rahman.

0S4A0066
Taklimat Isu Politik dan Keselamatan oleh wakil Pengarah Cawangan Khas, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 2, CP Dato' Ramli Hassan.

0S4A0070
Taklimat Cybercrime, Jenayah Telekomunikasi, Fraud dan Macau Scam oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Amar Singh Ishar Singh.

0S4A0084
Taklimat Inisiatif Menangani Penglibatan Warga PDRM Dalam Pengedaran dan Bersekongkol Dengan Pengedar Dadah oleh Wakil Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Timbalan Pengarah JSJN (Penguatkuasaan/ Pencegahan/Kepolisan Am), SAC Abd Razak Md. Zin.

0S4A0102
Taklimat Pengurusan Bencana Negara oleh Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), DCP Dato’ Azizan Abu Taat.

0S5A8192
Taklimat Integriti daripada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Zamri Yahya.

0S5A8213
Taklimat Isu Jenayah Semasa oleh wakil Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ketua Penolong Pengarah D4 JSJ Bukit Aman, SAC Dato' Khairuldin Haji Saad.

0S5A8292
Taklimat daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, SAC Dato' Azisman Alias.

0S5A8232
Taklimat Pengurusan Risiko Rasuah oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Puan Norisah Chukra.

0S5A8098
0S4A9992
0S4A9964
0S4A0003
Sekitar persidangan berlangsung.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS