Menu

BUAL BICARA BERSAMA TPM, DEKATKAN HUBUNGAN PEMIMPIN BERSAMA SISWA PDRM

Putrajaya, 3 Disember 2018 - Program dialog bersama pemimpin anjuran Mahasiswa Diploma Sains Kepolisan (DSSK) Siri 2017/2019 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diteruskan lagi dengan dengan Bual Bicara Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakarat, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dato' Wan Ismail bertempat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dekat sini, pagi tadi.

Seramai 33 mahasiswa DSSK dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai program bual bicara yang bertemakan 'Pemantapan Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Arah Kesiapsiagaan Pasukan Keselamatan' yang turut dihadiri oleh Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Yong Lei Choo.

Ianya merupakan program kedua mahasiswa DSSK bersama pucuk pimpinan negara selepas sesi dialog bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 20 Julai 2018 lalu.

Berucap dalam dalam program tersebut, Dato' Seri Dr. Wan Azizah telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak kerajaan Malaysia terhadap PDRM dan seluruh pasukan keselamatan yang sentiasa menyumbangkan jasa dan bakti mereka kepada masyarakat dan negara.

“Kerajaan amat prihatin dan kita tidak mahu ketiadaan jaminan kebajikan sosial kepada anggota polis khususnya, dan semua anggota pasukan beruniform amnya menyumbang kepada stastistik permasalahan kehidupan mereka,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan lagi dengan sesi pertukaran cenderahati di antara Dato' Seri Dr. Wan Azizah dengan mahasiswa DSSK serta bergambar kenang-kenangan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Rose Lena Lazemi, Pensyarah UKM, Profesor Madya Dr. Fatimah Wati Halim dan Profesor Dr. Rozmi Ismail serta para pegawai kanan KPWKM.

0S5A1807
Bergambar Kenangan.

0S4A2728
Nyayian lagu Negaraku.

0S5A1688
Sekitar program bual bicara bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

0S4A2748Sekitar program bual bicara bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS