Menu

PADAH CUBA UGUT DAN MENAKUTKAN POLIS, LELAKI DIDAKWA DI MAHKAMAH

Seorang pekerja subkontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ampang, Selangor semalam atas dua pertuduhan mengugut untuk memukul dua anggota polis trafik awal bulan ini.

Tertuduh, B.B Terrence Raj, 23 tahun, didakwa telah menakutkan secara jenayah seorang anggota polis dan pegawai polis dengan kata-kata ugutan iaitu; "Saya tak puas hati dengan you, you tunggu saya jumpa you dekat luar nanti, you ingat you siapa, you ingat saya kosong, saya akan bawa kawan-kawan pukul you, saya ingat you punya nama" dan berkata, "jaga-jaga, saya keluar nanti saya cari you" di pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya.

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS