Menu

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KOPERASI PDRM & KOP MANTAP KE ATAS KETUA POLIS NEGARA

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KOPERASI PDRM & KOP MANTAP KE ATAS KETUA POLIS NEGARA

Kuala Lumpur, 16 Mei 2019 – Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM), Dato’ Seri Ayub Yaakub bersama delegasi dan Kop Mantap telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, sebentar tadi.

Status terkini KPDRM dan halatujunya untuk menjadi sebuah koperasi terbaik di peringkat nasional telah mengisi ruang perbincangan yang berjalan selama lebih satu jam.

Dalam masa yang sama, Dato' Seri Abdul Hamid turut ditaklimatkan berhubung perjalanan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali ke-84 yang dijangka berlangsung pada 26 Jun nanti. Beliau dijemput sebagai tetamu kehormat merasmikan mesyuarat tersebut.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap Bendahari KPDRM, DCP Dato’ Nerita Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif KOP Mantap Berhad, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, suit and indoor
Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyambut mesra ketibaan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM), Dato’ Seri Ayub Yaakub.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Image may contain: 7 people, people smiling, table and indoor
Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Koperasi PDRM dan KopMantap ke atas Ketua Polis Negara berlangsung.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM), Dato’ Seri Ayub Yaakub menyampaikan cenderamata kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS