Menu

TIADA TEMPAT UNTUK RASUAH DALAM PDRM! - KPN

Kuala Lumpur, 1 Julai 2019 - Dalam memastikan jati diri warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa diperkukuh dan amalan rasuah berjaya dibanteras, Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menegaskan ia antara misi utama beliau dalam memimpin institusi kepolisan yang telah berusia 212 tahun berkenaan. 

Jelas beliau, PDRM tidak lagi relevan sekiranya badan penguatkuasa yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara ini mengkhianati kepercayaan yang diamanahkan oleh masyarakat. 

Ulas Dato’ Seri Abdul Hamid lagi, amalan rasuah perlu dihapuskan dan tiada langsung kompromi sekiranya terdapat pegawai atau anggota polis yang terlibat dalam melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut. 

“Kita perlu hentikannya sekarang, ia (rasuah) merupakan “agen pemusnah” dan perbuatan yang amat menjijikkan!,” tegasnya semasa berucap dalam lawatan kerja ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini. 

Jelas beliau, penubuhan JIPS adalah sangat penting dan relevan kepada pasukan dalam memastikan sistem ‘check and balance’ selain dijadikan tanda aras kepada jabatan PDRM yang lain. 

“Laksanakan tugas sebaik mungkin tanpa sebarang kepentingan atau kegusaran agar JIPS dapat berfungsi sebagai jabatan yang memastikan sistem 'check and balance' terpelihara dalam pasukan,” pesan beliau kepada seluruh warga JIPS. 

Tambah beliau, sebagai “agen perubahan”, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) bertanggungjawab menerap dan membangunkan sahsiah serta integriti berteraskan pendekatan psikologi, juga spiritual. 

“Tidak terkecuali tindakan pemulihan seperti khidmat nasihat kaunseling dan penyeliaan rapi kepada mereka yang memerlukan,” ujar beliau sebelum mengakhiri lawatan kerja tersebut. 

Program lawatan kerja KPN turut disertai oleh Timbalan KPN, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dan disambut mesra oleh Pengarah JIPS PDRM, CP Dato’ Zamri Yahya bersama warga JIPS, termasuk barisan timbalan pengarah, penolong pengarah dan pegawai kanan dari formasi serta kontinjen seluruh negara. 

Dato’ Seri Abdul Hamid dijadualkan akan ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada 2 Julai ini bagi mengakhiri sesi lawatan kerja rasmi beliau di seluruh jabatan dalam PDRM.

0S5A1144

Sesi bergambar kenangan warga JIPS bersama Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.

_MG_6115

Sesi menandatangani buku pelawat oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador

_MG_6119

Sesi menandatangani buku pelawat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

_MG_6165

Ucapan daripada Pengarah JIPS PDRM, CP Dato’ Zamri Yahya.

_MG_6178

Sesi taklimat berkenaan JIPS oleh Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), DCP Dato’ Azri Ahmad.

_MG_6196

Ucapan dan amanat oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

0S5A1194

Sekitar lawatan kerja Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Bilik Mesyuarat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Tingkat 8, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

0S5A1156

Sekitar lawatan kerja Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Bilik Mesyuarat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Tingkat 8, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

_MG_6202
Sesi dialog.

_MG_6208
Sesi dialog.

_MG_6207
Sesi dialog.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS