Menu

WARGA JSPT DIGESA TINGKAT INTEGRITI DEMI KEYAKINAN MASYARAKAT

Kuala Lumpur, 2 Julai 2019 - Sebagai salah sebuah jabatan terpenting dalam pasukan yang melibatkan penugasan ‘front liner’, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) tidak terlepas daripada pengamatan masyarakat dalam isu-isu berkaitan kepolisan.

Sama ada isu berkaitan undang-undang dan peraturan jalan raya yang sememangnya sinonim dengan jabatan yang paling 'bongsu' dalam PDRM itu, sehinggalah kepada isu-isu melibatkan integriti yang memberi kesan kepada pasukan, semuanya tidak terlepas daripada pemerhatian masyarakat.

Berucap sempena lawatan kerja ke jabatan tersebut, Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyeru agar barisan kepimpinan JSPT mengatur dan merancang program-program yang berteraskan kepada peningkatan integriti warga kerjanya.

“Selain ‘meet and greet’, kita juga boleh menggunakan media massa sebagai medium untuk membentuk persepsi dan mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap PDRM,” ujar beliau lagi.

Dalam majlis tersebut juga, Dato’ Seri Abdul Hamid telah menzahirkan rasa bangga terhadap warga JSPT yang disifatkannya sebagai bukan sahaja berperanan untuk menguatkuasakan peraturan jalan raya, tetapi turut mengambil berat terhadap aspek keselesaan pengguna jalan raya seperti memastikan aliran trafik sentiasa lancar.

Terdahulu, ketibaan beliau di Bilik Mesyuarat, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah disambut mesra oleh Pengarah JSPT PDRM, DCP Dato’ Azisman Alias bersama barisan timbalan pengarah, penolong pengarah dan pegawai kanan JSPT.

Image may contain: 13 people, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 4 people, people standing and indoor
Sekitar ketibaan Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Sekitar ketibaan Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 14 people, people smiling
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 11 people, people smiling
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 9 people, people sitting, table and indoor
Sekitar nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Azisman Alias menyampaikan taklimat.

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berucap dalam majlis lawatan kerja beliau di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor
Sekitar lawatan kerja KPN ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berlangsung.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS