Menu

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PRESIDEN PPIKKM

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2019 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pekerja Industri Kawalan Keselamatan Malaysia (PPIKKM), Encik Mohd Hasnizam Md Daud di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan bagi mewujudkan persefahaman dan permuafakatan antara PDRM dengan PPIKKM selain berkongsi maklumat ke arah memajukan industri kawalan keselamatan serta membincangkan cara meningkatkan mutu kemahiran pekerja.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato’ Cheong Koon Kock, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), SAC Dato' Dr. Mustafa Khan Abdul Samat, Ketua Lesen Pasukan, SAC Datin Noorsiah Mohd Saaduddin dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.

Image may contain: 5 people, people standing, suit and indoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Presiden Persatuan Pekerja Industri Kawalan Keselamatan Malaysia (PPIKKM), Encik Mohd Hasnizam Md Daud ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Presiden Persatuan Pekerja Industri Kawalan Keselamatan Malaysia (PPIKKM), Encik Mohd Hasnizam Md Daud ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS