Menu

[GAMBAR EKSLUSIF] HELIKOPTER PGU KELUARKAN MAYAT MENDIANG NORA DARI LOKASI DIJUMPAI

Seremban, 14 Ogos 2019 - Mayat mendiang Nora Anne Quoirin, 15, yang dijumpai kira-kira 2.5 kilometer dari Resort The Dusun Pantai Hill, selamat dikeluarkan lewat petang semalam dengan helikopter Agusta AW139 milik Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Seksyen Latihan Juruterbang Helikopter Pangkalan Semenanjung merangkap kapten pesawat, Superintendan Thiyagarajan Mariappan berkata, mayat mendiang Nora dibawa keluar dari kawasan hutan tersebut oleh anggota 69 Komando PDRM bersama pasukan penyelamat luar dan tiba di padang Sekolah KGV Seremban pada jam 6.55 petang.

"Dengan dibantu tiga orang kru pesawat, kami telah memulakan operasi mengeluarkan mayat di lokasi ia dijumpai.

"Teknik 'winching' menggunakan 'bucket stretcher equipment' pada ketinggian 150 kaki terpaksa dilakukan kerana tiada lokasi sesuai untuk pendaratan," ujarnya.

Menurut beliau lagi, mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.

Terdahulu, satu sesi taklimat keselamatan dan persediaan operasi mengeluarkan mayat telah dilakukan oleh Komander 69 Komando, SAC Tuan Abdul Razak Mohd Yusoff dengan Operator PGU kepada anggota penyelamat dan 'marshaller' di Sekolah Kebangsaan Pantai.

Kru pesawat yang turut terlibat dalam operasi semalam adalah Pembantu Kapten Pesawat, ASP Vithayatharan Nair Muthapan, Pemerhati Udara Helikopter Pangkalan Semenanjung, Sub Inspektor Mohd Yani Abd Malek Sarjan Rahman Mohamad dan Sarjan Luke anak Rengga.

 

 

Image may contain: one or more people
Mayat mendiang Nora Anne Quoirin, 15 yang telah selamat dikeluarkan menggunakan helikopter Agusta AW139 PDRM.

No photo description available.Imej sewaktu operasi mengeluarkan mangsa di lokasi.

Image may contain: one or more peopleAnggota 69 Komando yang mengiringi mayat mendiang Nora menggunakan teknik 'winching' pada ketinggian 150 kaki di udara.

Image may contain: one or more people
Mayat mendiang Nora Anne Quoirin, 15 yang telah selamat dikeluarkan menggunakan helikopter Agusta AW139 PDRM.

Image may contain: one or more peopleSub Inspektor Mohd Yani merupakan salah seorang krew yang bertanggung jawab menyambut mayat mendiang Nora di udara.

Image may contain: one or more people and outdoorMayat mangsa yang berjaya dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.

Image may contain: 3 people, people standingKomander 69 Komando, SAC Tuan Abdul Razak Mohd Yusoff bersama Ketua Seksyen Latihan Juruterbang Helikopter Pangkalan Semenanjung merangkap kapten pesawat, Superintendan Thiyagarajan Mariappan dan kru pesawat yang turut terlibat iaitu Pembantu Kapten Pesawat, ASP Vithayatharan Nair Muthapan, Pemerhati Udara Helikopter Pangkalan Semenanjung, Sub Inspektor Mohd Yani Abd Malek Sarjan Rahman Mohamad dan Sarjan Luke anak Rengga.

Image may contain: one or more people and people standingSatu sesi taklimat keselamatan dan persediaan operasi mengeluarkan mayat di Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS