Menu

HARI POLIS KE-212: WARGA PDRM DIGALAKKAN TERUS DERMA DARAH

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2019 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) digalakkan untuk terus menderma darah bagi memastikan bekalan darah di pusat-pusat darah negara sentiasa mencukupi bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor berkata, setakat 12 tahun lalu, warga PDRM telah pun menyumbang sebanyak 5,320 beg darah setiap tahun kepada Pusat Darah Negara (PDN) sebagai sumbangan sosial mereka kepada masyarakat.

"Satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa," ujar beliau ketika merasmikan Program Derma Darah sempena Hari Polis Ke-212 di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Program yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Polis ke-212 itu merupakan aktiviti tahunan di antara PDRM melalui Jabatan Pengurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khasnya PDN.

Antara pegawai kanan yang turut meluangkan masa bersama-sama warga PDRM lain menderma darah adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar, Pengarah PDN, Dr. Noryati Abu Amin, Timbalan Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri, Pegawai Kanan Polis dan pegawai awam.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Upacara perasmian Program Derma Darah sempena Hari Polis Ke-212 di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Pentas utama. (Dari kiri: Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar, Pengarah PDN, Dr. Noryati Abu Amin, Timbalan Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri dan Pengerusi PERKEP Pengurusan, Datin Anikah Othman.
 
 
 
 

Image may contain: 1 person, eyeglasses
Ucapan daripada Pengarah PDN, Dr. Noryati Abu Amin.

Image may contain: 1 person
Ucapan perasmian daripada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
 
 
 
 

Image may contain: 5 people, people sitting
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dibawa meninjau sekitar program derma darah di Lobi Utama Menara 1, Bukit Aman, hari ini.

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting
Sekitar program derma darah berlangsung pada hari ini.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS