Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN BASIKAL LAJAK: PELUMBA BASIKAL NEGARA BUKA MEMORI PAHIT

“Usah jadi jaguh yang sia-sia. Berlumba dengan basikal lajak yang tiada brek bagai sengaja menempah maut," kata pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh.

Beliau yang mengakui pernah terbabit dalam aktiviti berbahaya itu sebelum menjadi pelumba bertaraf antarabangsa sebenarnya mempunyai kenangan pahit kerana ada antara rakannya meninggal dunia ketika asyik berlumba hingga berlanggar dengan kereta.

Lebih memeritkan, ketika kejadian itu rakannya baru berusia 14 tahun, malah beliau sendiri pernah cedera hingga patah kaki dan tangan pada usia muda.

"Basikal ini tiada brek, tiada lampu dan diubah suai supaya mempunyai kelajuan luar biasa. Saya mungkin bernasib baik kerana tidak terjebak terlalu lama dan pernah rasa bersalah kepada ibu yang tidak lena tidur memikirkan anak yang tidak pulang meskipun sudah awal pagi," katanya.

Mohd Harrif berkata bakatnya dilihat oleh beberapa individu yang bertanggungjawab menjejak pelumba basikal untuk diasah menjadi profesional.

Pada usia 14 tahun, beliau dipilih menyertai beberapa pertandingan 'halal' yang dikawal selia Persatuan Berbasikal Terengganu dan diberi kepercayaan hingga mampu mewakili negeri serta negara.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS