Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SIKAP AMBIL MUDAH PUNCA KENA TIPU

Ugutan dan tekanan yang digunakan anggota sindiket 'Macau Scam' menyebabkan masih ramai individu menjadi mangsa, walaupun modus operandi penipuan itu banyak didedahkan pihak berkuasa dan media.

Lakonan kumpulan sindiket menunjukkan kuasa dengan menyamar sebagai pegawai dan anggota pihak berkuasa menyebabkan mangsa panik dan menuruti saja kehendak 'si penipu' dengan memindahkan wang ke akaun tertentu, lazimnya digelar 'akaun tumpang'.

Sifat naif pula menyebabkan mangsa tidak berupaya berfikir secara waras ketika berdepan dengan pembohongan kumpulan berkenaan.

Ikuti lebih lanjut penemuan kajian yang dibuat oleh Pakar Kriminologi dan Psikologi, Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Mayda Dr Geshina Ayu Mat Saat bersama pasukannya terhadap mangsa penipuan dalam imej yang disertakan.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS