Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGER PLATOON BANTERAS PENYELUDUPAN

Pasir Mas, 14 Januari 2020 – Kehadiran unit elit Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) yang digelar sebagai Tiger Platoon di kawasan tanggungjawab Op Wawasan Kelantan merupakan tonik baharu dalam membendung aktiviti jenayah rentas sempadan serta penyeludupan di negeri itu.

Menariknya, Tiger Platoon yang dianggotai oleh PGA Batalion 7, 8 dan 9 melakukan rondaan dengan berjalan kaki sejauh 15 kilometer dengan meredah semak samun dan belukar bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superitendan Azhari Nusi berkata, ronda jalan kaki itu merupakan kali pertama yang dijalankan oleh pasukan berkenaan dalam mempertingkatkan lagi keselamatan di kawasan sempadan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian seperti berikut.

Image may contain: 1 person, text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS