Menu

OP SELAMAT 16: PDRM TAWAR 50% PENGURANGAN SAMAN SECARA DALAM TALIAN BERMULA 18 JANUARI

Petaling Jaya, 14 Januari 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) buat julung kalinya mengambil inisiatif dengan menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus secara dalam talian sempena Op Selamat 16/2020. 

Pelaksanaan inisiatif tersebut selaras dengan seruan kerajaan dalam Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam bagi membolehkan orang ramai menikmati tawaran diskaun saman tersebut mulai 18 hingga 22 Januari ini dengan melayari portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dalam ucaptamanya melancarkan Op Selamat 16/2020 di perkarangan Persada Plus, Subang Jaya, di sini, bagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Dengan mengekalkan tema “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”, PDRM bersama rakan strategiknya, PLUS Malaysia Berhad merangkap penaja utama menfokuskan keselamatan harta benda dan premis kediaman agar orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman memaklumkan perancangan cuti kepada pihak polis.

“Orang ramai boleh mendapatkan Borang Maklumat Balik Kampung di balai-balai polis berhampiran atau dengan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” tambah beliau.

PDRM juga akan menggerakkan seluruh elemennya secara sistematik di peringkat kontinjen khusus bagi tujuan rondaan pencegahan jenayah dan pemantauan secara berjadual di kawasan-kawasan ‘hotspot’ terutamanya kawasan kediaman serta premis perniagaan.

Selain itu, enam kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, memotong barisan (queue), tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan sebarang alat komunikasi semasa memandu akan dikenakan saman maksimum RM300 serta merta terhadap pengguna jalan raya yang dikesan melanggar undang-undang tersebut selari dengan usaha untuk meminimumkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang tempoh operasi dilaksanakan.

Dalam majlis tersebut juga, Dato’ Pahlawan Mazlan berkesempatan melakukan ‘Flag-Off’ simbolik jalinan kolaborasi PDRM bersama agensi Emergency Response Team (ERT) yang terdiri daripada PLUS Expressways Berhad (PLUS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), St. John Ambulance dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Turut hadir, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah JSPT merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, DCP Dato’ Azisman Alias, Pengarah Pengurusan Projek LLM, Tuan Ir. Mahdan Ahmad, Pengarah Urusan Penang Bridge Sdn. Bhd., Datuk Azman Ismail, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Seri Mohd Zakaria Ahmad, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, wakil-wakil daripada Agensi Kerajaan, Agensi Badan Bukan Kerajaan (NGO), pegawai kanan PDRM dan PLUS Malaysia Berhad serta rakan media.

Jom muat turun aplikasi VSP seperti di pautan berikut:

Pengguna IOS: https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8

Pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&hl=en

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Gimik Pelancaran Op Selamat 16/2020 Tahun Baharu Cina yang disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and text
Bergambar kenangan.

Image may contain: 3 people, shoes and outdoor, text that says 'PDRM'
Sekitar Flag-Off Pasukan Op Selamat 16/2020 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dan Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and indoor
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor di perkarangan Persada Plus, Subang Jaya.

Image may contain: 1 person, indoor
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 1 person
Ucapan oleh Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif.

Image may contain: 1 person, standing and text
Ucapan Pelancaran Op Selamat 16/2020 Tahun Baharu Cina oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif.

Image may contain: 3 people, people standing, car and outdoor
Sekitar Flag-Off Pasukan Op Selamat 16/2020 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dan Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif.

Image may contain: 2 people, car and outdoor
Sekitar Flag-Off Pasukan Op Selamat 16/2020 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dan Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS