Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA LAGI DITAHAN KES HINA AGONG

Kuala Lumpur, 3 Mac 2020 - Dua lagi individu ditahan kerana disyaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di laman sosial Facebook, menjadikan tiga orang ditahan setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed, berkata dua lelaki itu masing-masing ditahan di Sandakan, Sabah dan Sungai Buloh, Selangor, kelmarin.

"Mereka akan direman (untuk siasatan) dan keputusan, sama ada mereka akan dituduh (di mahkamah) atau tidak akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

"Pihak polis akan terus ambil tindakan untuk mengelak pcrkara ini (perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong) berterusan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian Online seperti berikut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS