Menu

#COVID-19 [MAKLUMAN] PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER BAYARAN SAMAN TERMASUK URUSAN PEMBEKALAN DOKUMEN KEMALANGAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menutup semua Kaunter Bayaran Saman termasuk Urusan Pembekalan Dokumen Kemalangan di semua Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh Malaysia bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.

Penutupan tersebut selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 15 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Walau bagaimanapun pembayaran saman boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal :-

1) MyEG - www.myeg.com.my

2) RILEK - www.rilek.com.my

3) Mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) Maybank.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, layari Facebook Rasmi JSPT, https://www.facebook.com/JSPTPDRM/.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#17032020

Image may contain: one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS