Menu

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG [KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP BENTENG: 1,115 PATI, 204 TEKONG DITAHAN

Kuala Lumpur, 30 Jun 2020 - Seramai 1,115 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 204 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama di lorong tikus sejak 1 Mei lalu sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi Op Benteng yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan dan Malaysia (AKSEM) turut ditahan 76 individu yang disyaki penyeludup dan 36 kapal.

“PDRM juga membuat 68 sekatan jalan raya Op Benteng dan memeriksa 43,207 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pati terutama di lorong tikus.
“PDRM menahan lima warga asing di sekatan jalan raya Op Benteng atas kesalahan imigresen,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terbabit dalam penyeludupan PATI.

Mengulas berhubung pematuhan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, seramai 65 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

“Daripada jumlah itu, 36 individu sudah direman manakala 29 individu lagi dikenakan kompaun.

“PDRM melalui pasukan khas operasi pematuhan membabitkan 2,904 pasukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro
HELP BREAK THE COVID-19

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS