Menu

#PKPP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP COVID-19: 383 INDIVIDU DITAHAN INGKAR ARAHAN PKPP

Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 383 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kebanyakannya kerana aktiviti dalam pub atau kelab malam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata 32 daripada mereka direman, manakala 351 dikenakan kompaun.

Katanya, kesalahan terbabit aktiviti dalam pub atau kelab malam membabitkan 328 individu, manakala 55 lagi kerana aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

"Pasukan khas pematuhan diketuai PDRM membuat 61,907 pemeriksaan semalam (kelmarin) bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKPP," katanya sambil menambah, gerakan melalui Ops Benteng pula berjaya menahan 14 warga asing atas kesalahan imigresen.

Dato' Sri Ismail Sabri menjelaskan, penahanan warga asing terbabit hasil 65 sekatan jalan raya di seluruh negara kelmarin yang menyaksikan 36,001 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong-lorong tikus.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS