Konstabel (Lelaki/Wanita)
KLASIFIKASI : Konstabel (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
GRED GAJI / JAWATAN : YA1
JADUAL GAJI
YA1
: RM 1,014.00 - RM3,517.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 100.00
SYARAT LANTIKAN :

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

ii) Syarat-syarat permohonan:

a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun.

c) Kelayakan Akademik :

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan enam (6) matapelajaran/sabjek.

[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1]; 

ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

d) Kelayakan Fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.

ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.


iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
(kerajaan).

iii) Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik antaranya:

  1. Kemudahan perubatan percuma.

  2. Bayaran insentif wilayah (Sabah & Sarawak dan sebaliknya)

  3. Elaun sara hidup (cola) dibayar antara RM150.00 hingga RM300.00 mengikut Negeri dan Daerah.

  4. Uniform RM690.00 sekali setahun

  5. Elaun Trafik RM250.00 (jika berkhidmat di Caw Trafik)

  6. Elaun Detektif RM300.00 (jika hadir kursus detektif)

  7. VITA RM200.00 (Tugas Am yang bertugas di daerah-daerah)

DESKRIPSI TUGAS :

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS