Konstabel Orang Asli  (Lelaki)
KLASIFIKASI : KonstabelOrang Asli(Lelaki)
GRED GAJI / JAWATAN : YP1
JADUAL GAJI : RM966.00 - RM 2,663.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 85.00
SYARAT LANTIKAN :

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Orang Asliyang dikeluarkan melalui:

i)Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan
Polis DirajaMalaysiarujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan

ii) Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan
Polis DirajaMalaysia DiBawah Sistem Saraan Malaysia rujukan
JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4bertarikh 29 Oktober 2013.

Kelonggaran syarat tambahan yang diperoleh daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.

a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli
(mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);

b)Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh
tutup iklan.

c) Kelayakan Akademik :

i) Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YP1];

ii)Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan
tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d) Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m (lelaki) dan 1.52m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 47. kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 46.2 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa atatu dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
(kerajaan).
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS