Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)
KLASIFIKASI : Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
GRED GAJI / JAWATAN : YT1
JADUAL GAJI : RM 1,220.00 - RM 2,748.00
Kadar Gaji Tahunan : 85.00
SYARAT LANTIKAN :

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Sokongan yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.


ii) Syarat-syarat permohonan:

a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun.

c) Kelayakan Akademik :

i) Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YT1]; dan

ii) 

Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk MATEMATIK DENGAN GRED D.


d) Kelayakan fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.

ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.

iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
(kerajaan).

DESKRIPSI TUGAS : Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.  
 
Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS