Scam Alert



Penipuan Cek

SCAM ALERT: Mangsa kebiasaannya terdiri daripada pemilik cek individu atau syarikat yang sering menggunakan khidmat penghantaran cek melalui pos. Cek yang dihantar akan dipinda dengan bahan kimia tanpa menjejaskan ciri keselamatan yang ada. 

Modus operandi: 
1. Sindiket akan mencuri sampul surat yang mengandungi cek daripada peti surat atau peti pos.
2. Nama penerima, dan nilai sebenar cek terseb...ut kemudiannya dipadam menggunakan bahan kimia dan ditulis / dicetak semula dengan nilai dan penerima baru.
3. Cek yang telah dipinda itu dikreditkan ke akaun suspek melalui mesin deposit cek (CDM) yang terdapat di bank. 
4. Mangsa akan menyedari cek telah dipintas oleh individu tertentu setelah penerima tidak menerima cek tersebut.

Nasihat polis.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan penghantaran cek melalui peti surat dan peti pos. Sebagai alternatif individu atau syarikat boleh membuat pembayaran melalui deposit tunai atau pembayaran tunai.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS