Scam Alert



Penipuan Kad Kredit

Penipuan Kad Kredit



SCAM ALERT : Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika memohon dan menjalankan urusniaga menggunakan kad kredit. 

Modus Operandinya, suspek akan membuat permohonan kad kredit dengan menggunakan dokumen dan maklumat palsu atau menggunakan maklumat peribadi orang lain. Perkara ini akan mula disedari oleh pihak bank selepas penama yang diguna menerima bil sedangkan beliau tidak membuat permohonan kad kredit. 

Selain itu, kad kredit yang dihantar melalui pos atau perkhidmatan kurier telah dicuri oleh suspek dan disalahgunakan tanpa pengetahuan pemilik :

1. Suspek mencuri kad kredit daripada peti pos
2. Suspek menghubungi pemilik kad kredit mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank meminta kata laluan
3. Suspek kemudian menghubungi pihak bank dengan menyamar sebagai mangsa dan meminta pihak bank mengaktifkan kad kredit tersebut dengan memberikan kata laluan
4. Setelah kad kredit diaktifkan, suspek akan menggunakan kad kredit tersebut untuk kepentingan dirinya tanpa diketahui oleh mangsa (pemilik asal kad kredit).
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS