Scam Alert



Penipuan Menggunakan Parcel (Bungkusan)

Penipuan Menggunakan Parcel (Bungkusan)



Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran oleh mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial untuk menerima bungkusan/parcel yang kononnya sebagai tanda persahabatan.

Orang ramai juga perlu membuat semakan dengan pihak berwajib (kastam atau syarikat kurier) dengan menghubungi nombor yang sahih bagi mendapatkan kepastian sama ada wujud atau tidak bungkusan/parcel seperti yang dimaksudkan.

Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang yang didakwa bagi tujuan pembayaran kos bungkusan/parcel yang dikirim menggunakan taktik seperti berikut:

1. Mangsa berkenalan dengan sindiket melalui laman web sosial yang kononnya berasal dari negara-negara di United Kingdom. Mangsa kebanyakannya adalah wanita pelbagai bangsa yang bersendirian/kesepian.

2. Sebagai tanda persahabatan, sindiket akan menghantar bungkusan hadiah kononnya mengandungi barang kemas dan wang tunai kepada mangsa. 

3. Mangsa kemudiannya dihubungi seseorang yang mengaku sebagai pegawai kastam di lapangan terbang atau syarikat kurier, mengatakan barang yang dihantar telah sampai dan ditahan kerana tidak membayar cukai, insurans atau wang tunai tidak diisytihar. 

4. Mangsa diyakinkan pula dengan panggilan telefon oleh orang tempatan kononnya bungkusan/parcel tersebut telah sampai di Malaysia dan perlu membuat bayaran ‘clearance’.

5. Pembayaran perlu dibuat kepada sindiket melalui nombor akaun yang tertentu. Mangsa hanya sedar tertipu apabila barang yang dihantar tidak diterima.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS