Scam Alert



Penipuan Penjualan Rumah dan Bilik Sewa

Penipuan Penjualan Rumah dan Bilik Sewa



SCAM ALERT : Pihak PDRM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan individu atau sindiket yang menipu orang awam berkaitan urusan jual beli rumah atau sewa bilik . Pada kebiasaannya, mangsa adalah merupakan orang awam yang meletakkan nama dan nombor telefon di sebuah laman sosial dan kesempatan ini disalahguna oleh individu mahupun sindiket yang tidak bertanggungjawab. Modus operandi mere...ka adalah seperti berikut : 

1 Suspek akan mencari mangsa melalui laman media sosial yang menyediakan ruang bagi orang awam mencari rumah atau bilik sewa.
2. Suspek akan cuba menghubungi mangsa melalui nombor telefon yang ditinggalkan di laman sosial terbabit
3. Suspek akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa dan mengaku sedang mencari pembeli rumah atau penyewa bilik.
4. Mangsa dikehendaki membayar deposit. 
5. Butiran lengkap rumah beserta alamat diberikan untuk meyakinkan mangsa selain dari beberapa gambar dan surat perjanjian jual beli atau sewa yang dikirim melalui emel.
5. Suspek juga memberikan nombor telefon palsu yang kononnya merupakan milik penghuni ataupun bekas penghuni di rumah atau bilik sewa terbabit untuk dihubungi mangsa.

Mangsa :
Orang ramai mencari rumah atau bilik sewa
See More
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS