Scam Alert



Penipuan SMS 'Lucky Draw'

Penipuan SMS 'Lucky Draw'



SCAM ALERT : 'Lucky Draw' adalah satu lagi taktik penipuan yang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai. 

Anda dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menerima sebarang sistem pesanan ringkas (SMS) dari mana-mana pihak yang menyatakan anda adalah orang yang bertuah dan telah memenangi sejumlah wang dalam peraduan 'Lucky Draw'. Modus operandi mereka adalah :

1.Mangsa menerima SMS yang menyatakan bahawa beliau telah memenangi peraduan ‘Lucky Draw’ dari luar negara.
2.Mangsa dikehendaki berhubung dengan suspek untuk keterangan lanjut.
3.Mangsa dikehendaki memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebagai wang cagaran.
4.Suspek memberi jaminan palsu bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa dan terus menghilangkan diri.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS