Scam Alert



Skim Cepat Kaya

Skim Cepat Kaya



SCAM ALERT: Skim cepat kaya ialah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. 

Antara modus operandi yang sering digunakan:
1. Suspek memperdayakan mangsa untuk menceburi bidang pelaburan sesebuah syarikat melalui internet.... 
2. Mangsa akan melabur dengan bayaran yang ditetapkan untuk menggandakan wang dalam masa yang singkat. 
3. Setelah mangsa menyerahkan wang untuk pelaburan, suspek berjanji dalam masa beberapa bulan mangsa akan mendapat faedah daripada pelaburan tersebut. 
4. Namun setelah sekian lama mangsa menunggu, pulangan yang dijanjikan tiada. 

Nasihat kepada pelabur
• Berurusan hanya dengan institusi kewangan dan peniaga mata wang asing yang berlesen
• Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan
• Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur
• Berhati-hati dengan pelaburan yang dibuat melalui internet
• Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis
• Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen/bukti yang berkaitan sebagai rujukan. 

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya, sila salurkan maklumat atau aduan kepada upkinfo@bnm.gov.my atau hubungi talian 03-2691 5090 atau 2698 4163
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS