Scam Alert



SKIM PENIPUAN PONZI

SCAM ALERT: Skim Penipuan Ponzi selalunya menggambarkan bahawa skim mereka adalah peluang pelaburan yang menguntungkan. Skim ini selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima daripada ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru seluruh skim akan gagal.

Terdapat 5 tanda-tanda untuk mengenalpasti skim pelaburan Ponzi:

1. Skim ini menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan kecil tanpa sebarang risiko
2. Ahli dijanjikan komisyen apabila berjaya membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur
3. Skim ini selalunya memerlukan bayaran pendahuluan
4. Syarikat mereka mendaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 
5.Ahli dijanjikan pulangan yang lebih tinggi jika mereka membenarkan syarikat menyimpan produk yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau email kepada bnmtelelink@bnm.gov.my.

Sumber: Bank Negara Malaysia.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS