Scam Alert



HELAH PANGGILAN TELEFON

SCAM ALERT: Sindiket penipuan yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing ini membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan. Panggilan tersebut dibuat bagi membuat pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik anda. Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.

Modus Operandi
1. Mangsa mendapat panggilan telefon mengatakan kad kreditnya di sebuah bank tempatan telah digunakan di sebuah pusat membeli-belah.
2. Mangsa menafikan beliau mempunyai sebarang kad kredit di bank tersebut dan sindiket berjanji akan berhubung dengan bank negara mengenai masalah tersebut.
3. Beberapa minit kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan yang kononnya daripada bank negara dan meminta semua maklumat peribadi mangsa.
4. Bagi menyekat kad kredit supaya tidak disalahgunakan, mangsa diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
5. Apabila sampai di ATM, mangsa sekali lagi menerima satu panggilan telefon yang memberikan arahan sehingga transaksi selesai.
6. Mangsa hanya sedar telah ditipu setelah transaksi selesai. Tanpa disedari mangsa telah membuat pemindahan wang kepada akaun pihak ketiga.

Nasihat polis
1. Berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri sebagai pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis, pegawai Bank Negara Malaysia atau pegawai bank) memaklumkan akaun bank anda digunakan oleh orang lain.
2. Semak dengan pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
3. Jangan menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh mana-mana individu yang melalui telefon, sebaliknya hubungi nombor rasmi agensi tersebut.
4. Untuk pertanyaan lanjut dan nasihat, sila hubungi Pusat Hubungan Pelangan Bank Negara Malaysia (BNMTELELINK)di talian 1300 88 5465

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS