Scam Alert



PENIPUAN SMS (URUS NIAGA KAD KREDIT) : Elakkan dari menjadi mangsa!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan kononnya satu urus niaga telah digunakan ke atas kad kredit anda di mana-mana premis perniagaan dan meminta anda untuk segera menghubungi nombor yang diberikan bagi tujuan pengesahan. Jangan cepat panik dengan cuba menghubungi nombor yang diberikan, kerana ianya mungkin helah sindiket yang akan merugikan anda kela!

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah:

- Sindiket akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon bimbit mangsa secara rambang.

- SMS itu memaklumkan kad kredit mangsa kononnya telah digunakan di dalam satu urus niaga.

- Bagi tujuan penafian penggunaan, mangsa dikhendaki menghubungi nombor yang dibekalkan oleh sindiket.

- Mangsa yang panik akan terus menghubungi nombor tersebut dan memberikan semua maklumat peribadi miliknya kepada pihak sindiket.

Nasihat / Tips dari PDRM untuk elak dari menjadi mangsa:

- Bertenang, dan ingat kembali sama ada anda mempunyai kad kredit atau tidak? Jika tiada, abaikan sahaja SMS tersebut.

- Semak nombor penghantaran SMS itu di laman carian GOOGLE. Kebanyakan kes, mangsa ada berkongsi maklumat lanjut kes yang pernah dialaminya.

- Jangan sesekali berhubung melalui telefon dengan mana-mana individu / nombor yang tidak dikenali. Sebaliknya, terus buat semakan dengan pihak bank bagi tujuan pengesahan lanjut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS