Seremban, 2 Julai 2022 - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook semalam.
“Menerusi rakaman tersebut, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan di sini melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.