Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PJP SABAH

 
Kota Kinabalu, 4 Julai 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Dato' Idris Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah untuk memberi taklimat berhubung hala tuju Koperasi PDRM bersempena lawatan kerja rasmi beliau di kontinjen berkenaan.

Hadir sama, Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Hj. Azmi Adam dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah, SAC Datuk Zabidi Hj. Md Zain.

Sumber: Polis Sabah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS