Berita

[ARTIKEL PILIHAN] OP BANJIR: SERAMAI 334 MANGSA BANJIR DARI SEMBILAN KAMPUNG DIPINDAHKAN

Baling, 5 Julai 2022 - Seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di sini dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Baling Kedah, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, setakat ini sebanyak 85 rumah dilaporkan terjejas ekoran bencana yang berlaku kira-kira 4 petang semalam itu.

"Selain itu, seramai 1,008 pelajar di Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah yang turut terkesan dalam bencana itu berada di sekolah tersebut ketika kejadian dan berada dalam keadaan baik.

"Keadaan air di sekolah itu juga telah surut cuma keadaan kawasan sekitar sekolah yang masih berlumpur," katanya ketika ditemui pemberita di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, di sini awal pagi ini.

Beliau berkata operasi pemindahan penduduk yang terjejas berjalan lancar dengan penglibatan pelbagai agensi selain penduduk kampung yang turut membantu.
Selain itu katanya, semua keperluan termasuk makanan, selimut dan bantal turut disediakan sebaik mungkin oleh agensi berkaitan dan pihak lain yang menghulurkan bantuan di pusat-pusat pemindahan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2097333

Sumber gambar: Facebook Rasmi Menteri Besar Kedah

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS