Baling, 5 Julai 2022 – Polis perhebat operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan tiga mangsa berusia 14 hingga 53 tahun yang hilang dalam tragedi banjir di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah.
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, skop pencarian diteruskan dan diperluas dengan melibatkan beberapa agensi lain yang berkaitan bermula jam 7.00 pagi tadi.