Berita

KPN SANTUNI MASYARAKAT KUDAT DALAM PROGRAM ‘OUTREACH COMMUNITY POLICING’

 
Kudat, 3 Ogos 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini, turun padang menyantuni masyarakat sekitar Daerah Kudat, Sabah yang hadir ke Program ‘Outreach Community Policing’ di Dewan Serbaguna Karakit, Pulau Banggi, di sini.

Program anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Sabah itu antara lainnya bertujuan menyampaikan dasar Pasukan selain mendekati penduduk setempat.

Menerusi program tersebut, pelbagai aktiviti kebudayaan turut diadakan seperti persembahan tarian Suku Dusun Bonggi atau Tamadak /Mangalai dan penyampaian kebajikan berupa bakul makanan kepada ketua masyarakat dalam daerah yang hadir.

Terdahulu, Tan Sri Acryl Sani yang diiringi Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Dato' Idris Abdullah dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah meluangkan masa melawat Balai Polis Karakit yang terletak di Pulau Banggi.

Selain meninjau keadaan balai, Tan Sri Acryl Sani sempat beramah mesra dengan warga Pasukan yang bertugas di situ.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun, Komander Pasukan Polis Marin, SAC Rosman Ismail, SAC Perisikan/Siasatan Khas, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Hj. Sadari, Ketua Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Dzulkhairi Mukhtar dan Komander Briged Sabah PGA, SAC Abdul Rani Alias serta para pegawai kanan polis.

Sumber gambar: D6 Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'OUTREACH COMMUNITY POLICING YÍZ YI IG TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ.A ABDULLA த KETUA POLIS NEGARA DEWAN SERBAGUNA KARAKIT, PULAU BANGGI, KUDAT OGOS 2022 BALAIPOLIS PULAUBANGGI'

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 7 people, people sitting, people standing and text

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 13 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 16 people and people standing

May be an image of 10 people, people standing, outdoors and text

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS