Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: ELAK DEDAH MAKLUMAT PERIBADI AKAUN TABUNG HAJI

Tabung Haji menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan sebarang maklumat akaun mahupun maklumat peribadi dalam apa jua keadaan sekalipun kepada orang yang tidak dikenali supaya tidak terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Semua pendeposit diminta untuk tidak mudah percaya dengan pihak yang tidak dikenali sekiranya menerima panggilan telefon berhubung dengan transaksi pemindahan wang bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Untuk sebarang bantuan atau pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pusat khidmat panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-62071919.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS