Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: SUAMI ISTERI DITAHAN TERLIBAT PENIPUAN RM3.9 JUTA

Kuala Lumpur, 14 Jun 2022 - Polis memberkas pasangan suami isteri disyaki terlibat dalam kes penipuan emel "Business Email Compromise" membabitkan kerugian RM3.9 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, seorang wanita tempatan berusia 41 tahun bersama suaminya warga Nigeria berusia 43 tahun itu ditahan di Semenyih, pada Isnin.

"Kita memberkas dua suspek berkenaan susulan laporan polis pada 8 Jun lalu daripada seorang lelaki warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menetap di Dubai yang mendakwa mengalami kerugian RM3.9 juta.

"Mangsa telah berurusan dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat melalui emel untuk pembelian simen berjumlah 41,000 tan metrik pada Mac lalu," katanya melalui sidang akhbar di pejabat JSJK di sini, pada Selasa.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../godam-e-mel-tipu-jual-simen








PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS