Crime Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
  • CRIME ALERT: WASPADA ‘LONE RANGER’

    Mar 06, 2015
    Pengiklanan penjualan kenderaan melalui laman sesawang boleh mengundang padah jika anda tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya. Terkini, penjenayah memperdaya mangsa (penjual kenderaan) dengan tipu helah untuk menguji kenderaan di malam hari yang kemudiannya akan dilarikan. Sasarannya adalah kenderaan terpakai. Kelicikan penjenayah memperdaya mangsa yang mengiklankan kenderaan dalam laman sesawang menyebabkannya digelar 'Lone Ranger' kerana bergerak secara bersendirian.
    Baca Lagi
  • CRIME ALERT: IKUT DAN SAMUN.

    Mar 06, 2015
    Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun. Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN. Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
    Baca Lagi
  • CRIME ALERT: JERAT KELUARGA 'TIPU'

    Mar 06, 2015
    Wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ digunakan sebagai umpan oleh sekumpulan penjenayah untuk memerangkap mangsa yang dikenali melalui laman facebook (FB) sebelum bertindak memeras ugut mereka. Kumpulan ini dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan dipercayai telah memperdayakan lebih daripada seorang mangsa. Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
    Baca Lagi
  • CRIME ALERT: PERTANYAAN BERHELAH

    Mar 06, 2015
    Kegiatan ragut dan samun berlaku di mana-mana sahaja dan mangsa tidak kira umur dan jantina. Sekiranya ada peluang pasti penjenyah akan menggunakan sebaik mungkin untuk melakukan jenayah. Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk mendapatkan wang antaranya PERTANYAAN BERHELAH.
    Baca Lagi
  • CRIME ALERT: ROGOL ANDA MAMPU MENGELAKNYA JIKA...

    Mar 06, 2015
    Kejadian rogol boleh berlaku kepada sesiapa sahaja khususnya kaum HAWA. Tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang baru hendak meningkat dewasa. Si pelaku pula akan bertindak sekiranya ada peluang dan ruang diberikan oleh mangsa.
    Baca Lagi
  • CRIME ALERT: TUNJUK,HENTI DAN SAMUN

    Mar 06, 2015
    Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.
    Baca Lagi
  • CRIME ALERT: TABUR DUIT, CURI DUIT

    Aug 19, 2014
    Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati, peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari. Terbaharu, Polis mengesan satu taktik pelaku jenayah yang menabur wang kertas di atas jalan raya bagi mengumpan mangsa keluar dari kenderaan sebelum bertindak melarikan barangan berharga seperti wang tunai dan beg tangan yang diletakkan dalam kenderaan dinaiki. Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
    Baca Lagi
  • CRIME ALERT: HINDARI DIRI JADI MANGSA RAGUT

    Jul 18, 2014
    CRIME ALERT: HINDARI DIRI JADI MANGSA RAGUT Sikap tidak mengambil berat akan aspek keselamatan diri dan harta benda boleh menyebabkan anda menjadi mangsa jenayah. Berada di jalanan, penjenayah akan ..
    Baca Lagi
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS