#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

JOM BERINGAT: USAH JADI PEMBULI JALAN RAYA!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang bertindak melakukan provokasi atau kekerasan terhadap pengguna jalan raya lain sehingga menyusahkan atau mengundang pergaduhan.

Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut sama ada di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa bersabar dan berhemah ketika memandu serta tidak membelakangkan undang-undang sehingga mengundang padah pada diri sendiri.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS