Inspektor Mohd Radzy Rasul, Lans Koperal Fazreen dan Konstabel Baharin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Marang telah menghulurkan bantuan kepada seorang wanita yang mengalami kerosakan motosikal, berdekatan sebuah lampu isyarat di Bandar Marang, Terengganu.
Mereka turut menolong seorang lagi wanita di lokasi berhampiran, yang berhadapan dengan isu teknikal pada kereta dipandu beliau.