Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: SYABAS DAN TAHNIAH LAO WU!

Seekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang yang lebih mesra dipanggil Lao Wu diberi pengiktirafan oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Haji Hassan Basri dalam Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, semalam.

Lao Wu dianugerahkan sebutir pingat penghargaan atas kejayaannya membantu Pasukan mengesan dan menumpaskan sindiket curi kenderaan menerusi Op Lejang yang dijalankan di sekitar negeri Pahang.

Turut diberi penghargaan adalah pengendali anjing K9 tersebut iaitu Sarjan Sanmugam Subramanian.

Sumber gambar: JSJ Kontinjen Pahang

#PicOfTheDay
#PDRM
#RMP
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#12022020

Image may contain: one or more people, dog and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS