Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: 52% MANGSA TERTIPU WANITA

Pasir Puteh, 20 November 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman merekodkan 5,218 kes penipuan Macau Scam membabitkan kerugian RM256 juta di negara ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Rusli Mohd Noor berkata, angka itu direkodkan sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

Beliau berkata, apa yang menghairankan pihaknya kebanyakan mangsa penipuan membabitkan golongan profesional seperti pensyarah, doktor selain pegawai bank.

"Modus operandi digunakan adalah memaklumkan mangsa mempunyai rekod jenayah atau saman dan jika mangsa tidak percaya, mangsa terus disambung talian ke jabatan tertentu kononnya bagi mengukuhkan kesalahan.

"Bagaimanapun, orang ramai perlu faham tiada jabatan yang boleh membuat sambungan secara terus ke jabatan lain.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan penipuan dalam talian, boleh salurkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-2610159 atau 013-2111222.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS