Menu

PIC OF THE DAY: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

#PKPB #COVID-19

Sesungguhnya besar ganjaran sekiranya kita membantu orang yang dalam kesusahan.

Tahniah atas sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Koperal Abdul Aziz Mohamed Zulkifli dan Koperal Muaz Abdul Qayyum Mohd Zin dari Unit Kereta Peronda (MPV), Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana telah menghulurkan bantuan kepada seorang wanita bersama anaknya, berhampiran sebuah hotel di daerah itu pada 17 November yang lalu.

Kedua-dua anggota polis tersebut telah membawa kanak-kanak berusia empat tahun berkenaan ke balai polis untuk penjagaan sementara ketika ibunya yang mengalami keguguran dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kanak-kanak comel itu kemudiannya dijemput oleh penjaganya untuk dibawa pulang selepas dihubungi oleh anggota bertugas.

Syabas Koperal Abdul Aziz dan Koperal Muaz! Keprihatinan anda berdua dalam membantu masyarakat dalam apa jua keadaan amat membanggakan Pasukan.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS