Menu

DATO' SRI ACRYL SANI SEMPURNAKAN PERASMIAN IPD SEPANG

Sepang, 15 September 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini berbesar hati merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor yang berlangsung di dataran padang kawad, di sini.

Majlis perasmian yang dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Dato' Sri Acryl Sani turut diserikan dengan persembahan daripada Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kompleks IPD Sepang yang mula beroperasi sejak 5 Mei 2004 tersebut telah dibina di atas tanah berkeluasan 38.919 hektar di Mukim Labu, Sepang, Selangor dan meliputi prasarana seperti bangunan pentadbiran, dewan serbaguna, surau, kuarters serta lain-lain.

Turut hadir, isteri KPN yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim bersama surinya merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Hajah Anizah Musa, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, barisan pengarah PDRM dan Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of one or more people and text that says 'お~ Perasmian IBU PEJABAT POLIS DAERAHSEPANG DAERAH SEPANG PADA SEPTEMBE (RABU) Disempurnakan IG DATO' SRI D.G. ANI BINHJ. ABDULLAH SANI OLIS IEGARA D.P.P.N., S.P.T.S.. D.P.T.S. „P.G.P.P., P.,K.M.N.'

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of one or more people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS