Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN : LIMA INDIVIDU DITAHAN 5.2KG HEROIN BASE DIRAMPAS

Alor Star, 14 Oktober 2021 - Polis menahan lima lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas Heroin Base bernilai RM491.972 dalam empat serbuan berasingan di Kuala Muda. Isnin lalu.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan pertama pada jam 4.40 petang, polis menahan kereta di tepi jalan Taman Cindai Jaya di Sungai Petani dan menahan dua lelaki berusia 21 tahun.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui empat ketulan mampat dibaluti plastik lutsinar dan kertas minyak berisi bahan dadah jenis Heroin Base anggaran berat 2.98 kilogram (kg).

"Turut ditemui di bahagian but kereta adalah kotak mengandungi bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk putih bahan kimia seberat 25kg dan bungkusan aluminium berisi bahan kimia seberat 1kg.
"Polis kemudian menahan seorang lagi suspek berusia 29 tahun yang menunggang motosikal di tepi jalan Taman Cindai Jaya, Sungai Petani pada hari sama dan menemui dadah jenis Heroin Base anggaran berat 2.2kg, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.

"Sekiranya bahan dadah ini terlepas ke pasaran, ia boleh diguna hampir sejuta penagih dadah dengan dadah Heroin Base digunakan sindiket dalam kegiatan memproses dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS