Kota Kinabalu, 5 Julai 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass sangat menekankan agar pegangan agama diperteguh dalam diri setiap pegawai polis semasa melaksanakan tugas demi memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Antara pengisian lawatan kerja beliau ke Kontinjen Sabah semalam ialah menganjurkan program ceramah motivasi bertajuk 'Bicara Hati Menggamit Kasih Sayang Abadi' yang diadakan di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
Sesi ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pensyarah Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Institut Penyelidikan Guru Kampus Gaya, Tuan Hj. Mohd Syahir Hj. Ismail.
Turut hadir, Pesurujaya Polis (PJP) Sabah, CP Dato' Idris Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran),Bukit Aman, DCP Hj. Azmi Adam dan Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun serta barisan Ketua Jabatan Pengurusan seluruh Kontinjen Polis Diraja Malaysia.